Perniagaan kian bersemarak di Australia

Business heats up in AustraliaDi kemudahan kita di Perth, Melbourne dan Lembangan Cooper di Australia, Kumpulan Wood terus berkembang melalui pertumbuhan organik dan pengambilalihan untuk melanjutkan perkhidmatan yang tersedia kepada para pelanggan yang beroperasi di rantau Asia Pasifik. Meneruskan lagi perkhidmatan kepala telaga dan kejuruteraan sublautan yang sudah pun kita sediakan kepada para pelanggan tempatan dan serantau, kini kita menawarkan kepakaran antarabangsa tambahan dalam bidang kemudahan pengeluaran dan kejuruteraan kemudahan.

Bacalah lanjut >

Peningkatan kecekapan di Hawaii dan Texas

Hawaii Electric Light Company, Inc. (HELCO) telah memilih Mustang Engineering, (Mustang), sebagai kontraktor automasi untuk kemudahan penjanaan kuasa Keahole milik mereka, yang memberi perkhidmatan kepada 77,000 orang pelanggan di serata pulau tersebut.

Bacalah lanjut >

Usaha sama untuk mengembangkan jejak langkah kita di Timur Tengah

Joint venture to expand our footprint in the Middle EastUntuk menyediakan perkhidmatan operasi & penyenggaraan kepada industri-industri minyak & gas serta petrokimia di Qatar, Kuwait, Arab Saudi, Oman, UAE, Bahrain dan Yaman, kita telah membentuk usaha sama dengan sebuah syarikat kejuruteraan & pembinaan antarabangsa, Consolidated Contractors Company (CCC).

Bacalah lanjut >

Komuniti

Pelaburan masa depan untuk para pelajar di Kazakhstan

sml_Page-7-1Kumpulan Wood kini melabur dalam pendidikan warga muda dengan peruntukan sejumlah £120,000 sepanjang tujuh tahun yang akan datang untuk penajaan kerusi profesor, berserta dengan program penganugerahan siswazah kejuruteraan di Kazakh-British Technical University (KBTU) yang terletak di Almaty. Bacalah lanjut >

Kanak-kanak meraih manfaat daripada latihan berpasukan

sml_Page-7-3Kerjasama antara ESP Kumpulan Wood dan organisasi-organisasi mentor, Big Brothers, Big Sisters dan Boys and Girls Club dari Midwest City, Oklahoma, telah menghasilkan penghantaran lebih daripada 22 buah basikal kepada kanak-kanak yang patut menerimanya dalam komuniti.  Bacalah lanjut >

Rangsangan kerjaya bagi generasi baru jurutera

Di Aberdeen, Kumpulan Wood telah melancarkan program biasiswa lima tahun untuk menyokong perkembangan kerjaya para pelajar di Robert Gordon University.  Bacalah lanjut >

Legasi sumbangan Mustang memberi galakan kepada para pelajar

Para pelajar di Watkins Middle School yang terletak di Houston telah memperoleh manfaat daripada sokongan aktif yang diberi oleh para pekerja Mustang sejak penganugerahan Founders’ Legacy mereka yang pertama pada tahun 2007.  Bacalah lanjut >

Projek naik taraf BP di Shetland

BP Upgrade project on ShetlandKita sedang melaksanakan projek yang dianugerahkan kepada kita oleh BP untuk mereka bentuk dan memasang loji pemprosesan gas baru di Terminal Sullom Voe milik BP (di atas).

Bacalah lanjut >

Kumpulan Wood meningkatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak 46%

sml_Page-2-1Dalam laporan enam bulan mereka, Sir Ian Wood, Pengerusi, dan Allister Langlands, Ketua Eksekutif Kumpulan Wood, memberi komen tentang keputusan interim dengan mengatakan:

“Setengah tahun pertama 2008 telah memperlihatkan pertumbuhan berterusan yang mantap dan kami berasa begitu sukacita melaporkan satu lagi prestasi yang sungguh cemerlang. Secara keseluruhannya, pasaran kita adalah teguh dan permintaan terhadap perkhidmatan kita kekal tinggi. Kami menjangkakan bahawa pertumbuhan mantap ini akan berterusan dan meyakini bahawa keputusan bagi tahun ini akan melangkaui jangkaan.”

Bacalah lanjut >

Perlantikan

Perlantikan strategik memperkukuhkan peluang perniagaan dalam pasaran baru muncul

sml_Page-6-3Menandakan komitmen kita terhadap operasi yang kian berkembang di arena global, Kumpulan Wood telah melaksanakan suatu siri pelantikan di Hemisfera Timur

Bacalah lanjut >

HSE

Isu kesihatan meraih impak dramatik

Di Brazil, persembahan teater atau ‘teatros’, kian terbukti sebagai alat yang berkesan untuk menggalakkan kesihatan yang baik dan amalan keselamatan di tempat kerja dan juga di rumah.  Bacalah lanjut >

Mempraktikkan isi-isu utama

sml_Page-8-3Dengan aspek keselamatan pemandu menjadi salah satu daripada keutamaan paling penting dalam pelan 2007 Kumpulan HSE, perniagaan kejuruteraan kami di Aberdeen telah melancarkan bengkel untuk memastikan bahawa mesej keselamatan disampaikan dengan impak tambahan. Bacalah lanjut >

Senaman harian meningkatkan kesihatan, tenaga dan kecergasan

sml_Page-8-2Para pekerja yang bertugas dalam usaha pembaikpulihan dan pembaikan enjin jet dan turbin kuasa di kemudahan kita di Connecticut telah mengurangkan kecederaan, memperbaik kecergasan serta meningkatkan tahap tenaga mereka sejak melancarkan Program Senaman Peribadi (PEP - Personal Exercise Programme) secara sukarela mereka empat tahun lalu. Bacalah lanjut >

Menjadikan kesihatan aspek yang penting

Pada bulan September, jabatan sumber manusia (HR) kita telah menganjurkan Pesta Kesihatan & Kecergasan (Health & Fitness Fair) untuk warga Kumpulan Wood di Timur Laut Scotland, iaitu di Pusat Sukan David Lloyd yang terletak di Aberdeen. Bacalah lanjut >

Memperoleh manfaat daripada Wood News?

Langgani Wood News

Henti Langganan Wood News | Notis Undang-undang | Dasar Privasi | © 2009 John Wood Group PLC

Berdaftar di Scotland No: SC36219 – Pejabat Berdaftar: John Wood House, Greenwell Road, Aberdeen AB12 3AX Scotland, UK
Pejabat Korporat Amerika Syarikat: Wood Group, 17420 Katy Freeway, Suite 300, Houston, TX 77094