"Saya berbesar hati melaporkan bahawa kita terus melabur untuk menyokong objektif strategik kita dalam mengembangkan perkhidmatan dan melebarkan sayap kita."
Allister Langlands
Ketua Eksekutif
Wood Group mengambilalih Baker Energy
Pengambilalihan Baker Energy telah memantapkan Wood Group sebagai peneraju dalam penyediaan perkhidmatan operasi & penyelenggaraan bagi pasaran di Teluk Mexico AS dan meningkatkan keupayaan sokongan aktiviti laut dalam untuk pelanggan kita di serata dunia. Baker Energy kini beroperasi dalam divisyen Kejuruteraan & Kemudahan Pengeluaran Wood Group.
Perkhidmatan & kejuruteraan untuk StatoilHydro, luar persisir Brasil
Wood Group Engineering & Production Facilities Brasil menyediakan perkhidmatan operasi, penyelenggaraan & pengubahsuaian bagi dua buah pelantar kepala telagaPeregrino.Kontrak lima tahun bernilai US$60 juta itu termasuk perkhidmatan luar pesisir dan sokongan di darat.
PEMEX memilih kepala telaga Wood Group
Wood Group Pressure Control menyediakan 125 buah kepala telaga dan pokok Krismas, bernilai lebih dari US$11 juta untuk kawasan minyak & gas atas darat di Mexico Selatan.
J P Kenny supports ACS Cobra Castor UTE gas storage development initiative
J P Kenny menyediakan perkhidmatan pengurusan pembinaan dan khidmat sokongan perolehan bagi saluran paip luar pesisir dan atas darat, stesen injap blok, kabel gentian optik dan lain-lain prasarana untuk projek penyimpanan gas Sepanyol.
Edmund Lunde dinaikkan pangkat sebagai presiden Alliance
Edmund-Hugo Lunde dinaikkan pangkat sebagai presiden Alliance Engineering, manakala pengasas dan mantan presidennya, Norb Roobaert beralih peranan sebagai pengerusi.Edmund merupakan penyumbang utama kepada perkembangan dan kejayaan Alliance.Kami menghargai semua jasa yang telah dicurahkan oleh Norb semasa beliau menjawat jawatan sebagai presiden dan berbesar hati kerana beliau akan terus membantu dalam memastikan kesinambungan perniagaan dalam melangkah ke hadapan.
Kerusi Arctic Engineering Wood Group dilantik
Dr.Shawn Kenny, P.Eng., telah dilantik untuk memegang Kerusi bagi Arctic and Cold Region Engineering Wood Group di Memorial University of Newfoundland, St. John's, Newfoundland.Wood Group melabur sebanyak C$500,000 untuk tempoh lima tahun menaja kerusi tersebut dengan tujuan membangunkan teknologi terkini untuk digunakan di kawasan Artik dan sejuk bagi industri minyak & gas.