Wood Group - Wood News - Latihan -  pelaburan dalam tenaga insan

Dalam keluaran ini


The growth of Automation and Control at Mustang

Perkembangan Automasi dan Kawalan di Mustang


Training - investing in your people

Latihan - pelaburan dalam tenaga insan


"Saya berbesar hati melaporkan bahawa kita terus melabur untuk menyokong objektif strategik kita dalam mengembangkan perkhidmatan dan melebarkan sayap kita."

 

Baca dengan lebih lanjut >

Allister Langlands
Ketua Eksekutif


Berita ringkas >

Latihan -  pelaburan dalam tenaga insan

Sekiranya kakitangan anda ialah aset yang paling berharga, maka latihan dan sokongan kecekapan mungkin merupakan pelaburan paling berharga yang akan anda buat.

Training - investing in your people

Syarikat Wood Group, M&O merupakan peneraju dunia dalam latihan helikopter untuk melepaskan diri di bawah air atau HUET, dan perintis dalam menggunakan simulasi latihan HUET mudah alih.

Ketika pengeluar minyak dan gas berusaha untuk memaksimumkan pengeluaran dan beralih kepada pasaran baru, latihan, kecekapan dan keselamatan telah menjadi semakin penting.

Wood Group sedar akan kepentingan ini dan telah mengukuhkan sokongan yang ditawarkan kepada industri dengan latihan yang dipertingkatkan dan perkhidmatan yang cekap.Syarikat kami memberi penyelesaian latihan tempatan yang fleksibel dan program nasionalisasi di enam buah benua, di mana-mana dan pada bila-bila masa ia diperlukan.Komponen utama latihan kami disampaikan melalui anak syarikat M&O dan ODL.

Sejak diambil alih oleh Wood Group tahun lalu, M&O telah mengembangkan perkhidmatan latihan keselamatan dan respons kecemasan yang ditawarkannya.M&O kini beroperasi dari pangkalan di Afrika Barat, Timur Tengah, Caspian dan Asia Pasifik, dan operasi baru di Amerika Utara dan Afrika Utara.

Terry Mair, pengarah, Wood Group Production Facilities dan pengerusi M&O berkata bahawa sebagai penyedia kursus yang diiktiraf oleh OPITO, keperluan latihan keselamatan di Afrika Utaratelah membolehkan M&O berkembang sejak beberapa bulan lalu. "Pusat Latihan Standard OPITO kami yang baru kini beroperasi di Sfax, Tunisia; Tripoli, Libya dan Kaherah, Mesir.Keupayaan kami menawarkan akses kepada latihan keselamatan bertaraf antarabangsa di negara-negara di Afrika Utara merupakan kelebihan kami dalam pasaran ini."

Menurut Terry, keupayaan M&O dalam menyediakan penyelesaian latihan mudah alih ke lokasi pendalaman membolehkan syarikat ini membawa standard latihan antarabangsa ke banyak pasaran yang sedang meningkat naik seperti Gabon dan Equatorial Guinea.

Pemindahan M&O ke Louisiana seterusnya mencerminkan perkembangan mereka."Teluk Mexico merupakan potensi pasaran yang besar bagi kami," jelas Terry. "Walau pun ia merupakan kawasan minyak dan gas yang telah matang, hanya baru-baru ini sahaja syarikat multinasional yang besar bergerak ke arah standard latihan keselamatan OPITO di Teluk Mexico."

Andrew Maffett, ketua pegawai operasi M&O, berkata, "Kini dengan sokongan daripada prasarana antarabangsa Wood Group dan perhubungan pelanggan yang kukuh, kami mampu masuk ke lain-lain lokasi yang pernah disasarkan sebelum ini."

Kazakhstan merupakan salah sebuah pasaran terpenting bagi perkhidmatan latihan kumpulan dengan tiga buah pusat yang kini beroperasi di Atyrau, Bautino dan Aktau.Andrew menerangkan: "Atyrau ialah kemudahan yang terbesar dalam kumpulan M&O, sering menjalankan kursus sehingga 12 kursus sehari bagi semua operator dan kontraktor di Kazakhstan.Dengan kakitangan berjumlah 130 orang,kemudahan ini bertaraf tinggi dengan kolam renang, kemudahan latihan keselamatan marin dan lapangan latihan kebakaran.

"Di Kazakhstan, kami juga mengembangkan perkhidmatan kami melebihi latihan, iaitu merangkumi pusat perkhidmatan peralatan pernafasan yang diluluskan oleh MSA dan kontrak pengendalian luar pesisir."

M&O mempunyai kategori kursus latihan merangkumi keselamatan luar persisir, mengawal kebakaran, keselamatan marin, kemahiran industri dan pengurusan kecemasan utama."Produk tambahan daripada M&O termasuklah perkhidmatan latihan di tapak mudah alih TrainStation™, di mana kami datang kepada pelanggan dan pusat latihan mudah alih MOST™ (Mobile Offshore Safety Training) yang boleh dibangunkan di tapak pelanggan dalam masa beberapa minggu," tambah Andrew.

MOST

Pusat Latihan Luar Persisir Mobil MOST membawakan latihan respons kecemasan yang diiktiraf bertaraf dunia ke lokasi pendalaman pelanggan di serata dunia.

Untuk mencapai objektifnya dalam memberikan perkhidmatan latihan kepada semua operator perkhidmatan dan kontraktor melalui kontrak perkhidmatan global, organisasi akan terus meluaskan perkhidmatannya.Penambahan terbaharu adalah Risktec, sebuah syarikat latihan pengurusan kecemasan antarabangsa dan perkhidmatan perundingan kepada industri minyak & gas yang menggunakan perisian simulasi proses yang direka khusus serta latihan mengikut situasi.Syarikat ini mempunyai pengalaman khusus dalam respons kecemasan, pengurusan dan operasi keselamatan kritikal.

"Usaha perkembangan kami juga berasaskan produk," kata Andrew. "Kami menyediakan pakej latihan bagi industri yang boleh diperbaharui.Pakej latihan ini mematuhi Standard Latihan Keselamatan British Wind Energy Association dan akan tersedia tidak lama lagi beserta dengan latihan kemahiran industri yang diiktiraf."

 

Fail Fakta

OPITO:Akademi Minyak dan Gas untuk pembangunan kemahiran, pembelajaran dan tenaga kerja. www.opito.com
MSA:Peneraju dunia dalam pembangunan, pengeluaran dan pembekalan produk keselamatan yang melindungi kesihatan dan keselamatan insan. www.msanet.com

 

Jaminan kecekapan merupakan satu lagi keperluan penting dalam industri minyak dan gas, dan di sinilah ODL menonjolkan kedudukannya sebagai peneraju dunia dalam memberi perkhidmatan kepada sektor pemprosesan dan penyelenggaraan.John Singer, ketua latihan dan perkhidmatan kecekapan berkata tawaran kontrak daripada BP untuk menyediakan penilai adalah satu contoh di mana syarikat multinasional memastikan mereka mempunyai tahap prestasi standard bagi semua aset mereka.

"Kami mereka dan membangunkan sistem kecekapan bagi operasi pengeluaran, penyelenggaraan dan pengawalseliaan.Kami juga mengeluarkan bahan penilaian dan penilai serta pegawai pengesah," terang John.

John berkata industri sedar bahawa jaminan kecekapan sememangnya munasabah. "Program jaminan kecekapan dapat menjimatkan kos.Ia membolehkan anda mengenal pasti kekurangan dalam pengetahuan dan kemahiran dan memperbaiki keberkesanan kemudahan."

Satu contoh ialah kontrak penyelenggaraan untuk menyelenggarakan aset BP di Trinidad, di mana ODL menyediakan program kecekapan. "Kontrak dengan BP membawa pelbagai kontrak vendor di bawah satu payung, Wood Group dan kami diperlukan untuk mengurus kecekapan dan membangunkan kakitangan. Melalui program kami, kakitangan mendapat kelulusan vokasional yang relevan daripada badan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, iaitu SQA (Scottish Qualifications Authority), yang menyediakan kaedah yang konsisten dan amalan kerja yang optimum."

Selain daripada keperluan perniagaan untuk terus membangunkan program latihan dan kecekapan, kini terdapat juga keperluan budaya.Seperti yang diterangkan oleh Andrew Maffett: "Sepuluh tahun lalu, latihan keselamatan hanyalah satu pilihan.Kini tidak lagi.Ketika para pengeluar menembusi wilayah baru, mereka mencari syarikat latihan bertaraf dunia untuk menyokong operasi mereka.Di situlah kami diperlukan."