"Saya berbesar hati melaporkan bahawa kita terus melabur untuk menyokong objektif strategik kita dalam mengembangkan perkhidmatan dan melebarkan sayap kita."
Allister Langlands
Ketua Eksekutif
Bermula secara kecil-kecilan dengan hanya enam orang pekerja pada tahun 1996 kepada lebih dari 200 orang pekerja pada 2009, unit perniagaan Automasi dan Kawalan Mustang kini meraikan tahun yang paling berjaya apabila baru-baru ini ia dinamakan sebagai Penyepadu Sistem bagi Tahun 2010, iaitu satu anugerah industri berprestij oleh majalah Control Engineering.
Daniel Nguyen, anggota pasukan kejuruteraan automasi Mustang, mengkonfigurasi grafik untuk sistem pengawasan penapisan.
Sejak ditubuhkan sebagai sebuah unit perniagaan yang beroperasi sendiri, Mustang Automation and Control semakin berkembang dengan reputasinya sebagai penyepadu sistem utama.
Mustang Automation and Control merupakan pakar dalam menyediakan sistem kawalan, automasi dan maklumat bagi kejuruteraan, spesifikasi, integrasi dan pelaksanaan kepada industri pemprosesan.Perniagaan yang diasaskan di Houston ini mempunyai tiga pusat operasi di AS dan bercadang untuk berkembang di peringkat antarabangsa."Kami dikenali di pasaran sebagai bebas vendor dan atas kepakaran pengurusan projek dan kawalan proses kami," kata Don Colchin, presiden Mustang Automation and Control.
Pengalaman automasi utama unit perniagaan ini terdiri daripada pelbagai jenis, daripada projek individu kecil hinggalah kepada program Kontraktor Automasi Utama atau MAC untuk projek-projek kejuruteraan, perolehan dan pembinaan yang besar.Rangkaian kepakaran kawalan prosesnya meluas daripada reka bentuk konsep kepada permulaan dan pentauliahan.Ahli pakar mereka menumpukan bukan sahaja kepada penyelesaian projek tetapi juga dalam memberi nilai yang diharapkan kepada pelaburan pelanggan.
Program Pembangunan Laut Dalam Teluk Mexico BP yang berprestij merupakan salah satu daripada projek utama yang telah dijalankan.Ia melibatkan Automasi dan Kawalan dalam menyediakan reka bentuk sistem, skop, integrasi sistem dan pembangunan peralatan kejuruteraan serta standard bagi beberapa kemudahan BP yang meliputi empat pembangunan laut dalam utama: iaitu Thunder Horse dan Atlantis pada separa bawah air,Holstein dan Mad Dog pada spar.
Menurut Don,projek-projek yang melibatkan perkakasan dan perisian diintegrasikan sepenuhnya dan diuji sebelum penghantaran bagi mengelakkan kelewatan dan kos tambahan.Beliau menerangkan:"Kami mempunyai kawasan pentas seluas 12,000 kaki persegi di Houston dan kemudahan integrasi petak instrumen jarak jauh di La Porte, Texas untuk melaksanakannya.
"Kekuatan dan pengalaman kakitangan kami bermakna keputusan projek yang kritikal dibuat semasa fasa awal dan berdasarkan amalan teknikal yang terbukti.Pakar kami terlibat dalam langkah-langkah projek kritikal kejuruteraan, program serta ujian penerimaan muktamad, permulaan dan pentauliahan bagi memastikan kejayaan projek.Hasilnya ialah projek yang lebih baik, cepat dan lancar bagi pelanggan."
Don menambah: "Kami memberikan teknologi yang terbaik dalam kelasnya kepada pelanggan dengan rakan kongsi vendor kami serta pelaksanaan projek dan pengurusan yang terbaik dalam kelasnya oleh kakitangan kami.Kami mempunyai rekod prestasi yang terbukti dengan pelanggan kami di Amerika Syarikat dan merupakan penyepadu bebas yang kedua besarnya di negara ini.Kami berhasrat untuk terus berkembang di peringkat antarabangsa menggunakan formula yang boleh dipercayai dan berjaya ini."
Rangka tindakan yang berjaya ini membolehkan Mustang mendapat kontrak penting seperti perjanjian automasi global dengan Chevron Upstream dan projek kawalan proses bagi kompleks ExxonMobil Chemical di Singapura.Pencapaian ini serta pencapaian-pencapaian yang lain telah membuatkan Mustang menerima anugerah industri berprestij, Anugerah Penyepadu Sistem bagi Tahun 2010 daripada majalah Control Engineering bagi syarikat dengan perolehan melebihi $50MM.
"Menjadi finalis bagi anugerah tersebut selama dua tahun berturut-turut merupakan satu penghormatan, tetapi untuk memenanginya tahun ini menjadi tanda aras kepada kaedah projek yang terbukti, perhubungan kukuh dengan pelanggan dan tahap perkhidmatan kami,"kata Don.
Tahap perkhidmatan yang diberikan oleh unit perniagaan Automasi dan Kawalan ini disokong oleh kakitangannya.Tambah Don, "Kami berbangga dengan kakitangan kami dan apabila mereka menyertai kami, mereka selalunya kekal dan maju bersama kami.Mustang menjadi syarikat dengan tahap pergeseran kakitangan yang rendah dalam industri kerana polisi kami ialah memberikan projek yang mencabar kepada para jurutera dan mengiktiraf pakar industri untuk mereka sama-sama bekerja.Setiap amalan teknologi kami diketuai oleh pakar yang akan menyediakan persekitaran yang betul supaya kakitangan boleh berjaya."
Richard Seale, pengurus projek bagi Automasi dan Kawalan akan menggantikan Don Colchin sebagai presiden.Richard menyertai Mustang pada tahun 1996 sebagai salah seorang dalam kumpulan utama ahli profesional automasi.
Menurut Richard Seale, pengurus projek Automasi dan Kawalan, "Satu lagi strategi yang berjaya memacu pertumbuhan unit perniagaan sejak beberapa tahun ini ialah kaedah Kontraktor Automasi Utama atau MAC yang memfokuskan terhadap membekal perkakasan, perisian, kejuruteraan, program, integrasi, ujian dan perkhidmatan pentauliahan bagi pelanggan untuk pelbagai projek atau kemudahan daripada satu pembekal.Cara ini memberikan penyelesaian berkualiti tahap dunia, konsisten dan yang paling penting, efektif dari segi kos.
Buat masa ini Mustang memberikan perkhidmatan MAC kepada kompleks penguraian wap bertaraf dunia yang kedua ExxonMobil Chemical di Singapura, termasuk reka bentuk kejuruteraan yang terperinci dan pengurusan pembinaan tapak bagi proses kawalan kemudahan tersebut.
"Strategi MAC ini ideal bagi projek-projek di beberapa kemudahan memproses ataudalam kes di mana terdapat beberapa kontraktor EPC yang bekerja bagi projek pelanggan," kata Richard. "Objektif strategi MAC ialah kos rekabentuk yang lebih rendah, permulaan yang lebih baik, pengoperasian yang dipertingkatkan dan pelaksanaan yang konsisten.
"Kami bekerja dengan bahagian Perkhidmatan Turbin Gas Wood Group untuk memberikan faedah yang sama kepada loji jana kuasa. Perkhidmatan automasi yang kami berikan kepada projek penukaran Keahole di Hawaii Electric Light Company membolehkan syarikat tersebut menjana kuasa sebanyak 50 peratus lebih elektrik daripada bahan apinya."
Satu lagi bahagian yang boleh berkembang adalah kejuruteraan alam sekitar."Hasil daripada peningkatan dalam keperluan melapor menurut undang-undang bagi pemantauan dan kawalan pengeluaran asap, pelanggan kami memerlukan lebih lagi daripada sistem sokongan kepatuhan mereka," kata Richard. "Kami mempunyai pakar bagi keperluan melapor menurut undang-undang hasil daripada pembangunan produk perisian E!CEMS™ kami dan sedang mengembangkan peranan kami untuk meliputi perkhidmatan perundingan alam sekitar."
Fail Fakta
Sokongan persekitaran
Perisian alam sekitar E!CEMS hak milik Mustang menguruskan pengiraan pengawalan udara dan keperluan pemantauan yang semakin kompleks.Ia digunakan oleh kilang penapis BP di Texas City dan lain-lain.Perisian tersebut secara proaktifnya menyokong keperluan data pengeluaran udara semasa dan membolehkan kakitangan menumpukan kepada tugasan lain berbanding memproses data yang terlalu banyak secara manual.
Dengan Don yang bakal melepaskan jawatannya pada akhir tahun ini, penggantinya, Richard mengesahkan bahawa tumpuan akan datang bagi Mustang Automation and Control ialah berkembang ke peringkat antarabangsa."Kami meraikan kejayaan tetapi kami juga berdepan dengan cabaran.Kami bercadang untuk mengawal perkembangan kami di samping mencari peluang untuk mendirikan pusat tetap di luar Amerika Syarikat, mungkin di Timur Tengah dan di Asia Pasifik.Apabila perniagaan kami berkembang di peringkat antarabangsa nanti, kami akan terus memberi fokus untuk mengekalkan perkhidmatan pelanggan di Amerika Syarikat, memberikan projek yang cemerlang dengan kakitangan yang berkualiti."
Ahli pasukan Automasi dan Kawalan dengan bangganya menunjukkan anugerah Penyepadu Sistem bagi Tahun 2010 yang diberikan oleh majalah Control Engineering.