"Saya berbesar hati melaporkan bahawa kita terus melabur untuk menyokong objektif strategik kita dalam mengembangkan perkhidmatan dan melebarkan sayap kita."
Allister Langlands
Ketua Eksekutif
Selamat datang ke keluaran suku tahunan keempat Wood News
Tahun ini merupakan tahun yang mencabar dan kita terus berhadapan dengan persekitaran perniagaan yang sukar.Saya akui bahawa saya lebih seronok menjadi CEO pada tahun 2008 berbanding apa yang saya lalui pada tahun 2009 dan saya pasti ramai yang merasakan demikian dalam kedudukan anda masing-masing.
Saya berbesar hati melaporkan bahawa kita terus melabur untuk menyokong objektif strategik kita dalam mengembangkan perkhidmatan dan melebarkan sayap kita.Pengambilalihan Baker Energy merupakan langkah strategik utama di mana kita berjaya mendapat kedudukan sebagai peneraju pasaran dalam sokongan operasi laut dalam dan mengukuhkan kewujudan kita di Afrika dan Asia Pasifik.Di Teluk Mexico AS, kita merupakan pembekal terbesar bagi perkhidmatan operasi & penyelenggaraan.
Kita telah mendapat pelbagai anugerah sepanjang tahun ini.Antaranya ialah anugerahPenyepadu Sistem bagi Tahun 2010 oleh majalah 'Control Engineering', yang diberikan kepada unit perniagaan Automasi dan Kawalan Mustang.Sebagai penyepadu sistem utama, Mustang Automation and Control merupakan pakar dalam menyediakan sistem kawalan, automasi dan maklumat bagi kejuruteraan, spesifikasi, integrasi dan pelaksanaan. Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh perniagaan dan kakitangan Automasi dan Kawalan boleh didapati dalam artikel Perkembangan Automasi dan Kawalan di Mustang.
Latihan, kecekapan dan keselamatan telah menjadi semakin penting dan beberapa siri pengambilalihan telah membantu mengembangkan perkhidmatan kita dalam bidang tersebut.Artikel Latihan, pelaburan dalam tenaga insan menceritakan tentang penyelesaian latihan tempatan fleksibel kita dan program nasionalisasi yang ditawarkan di serata dunia.
Saya menghargai sokongan anda sepanjang tahun ini dan mengalu-alukan tahun 2010 untuk sama-sama bekerja dengan anda semua.Sehingga bertemu lagi, Selamat Tahun Baru.
Allister Langlands
Ketua Eksekutif