Dalam keluaran ini


Deeper and further than ever before

Lebih jauh dan lebih dalam berbanding sebelum ini >


Growth in Australia

Kestabilan bekalan penting untuk pengembangan di Australia >


"Kumpulan Subsea & Pipelines Technology kami merupakan pembekal perkhidmatan penyelesaian bebas terbesar di dunia untuk sistem dasar laut, saluran paip daratan dan luar pesisir, serta kemudahan berkaitan laut yang lain. "

Baca dengan lebih lanjut >

Allister Langlands
Ketua Eksekutif


Ringkasan berita >

Kestabilan bekalan penting untuk pengembangan di Australia

Australia, salah sebuah negara yang paling berdaya tahan di dunia, kini pantas menjadi pusat pengeluaran minyak & gas di rantau ini.  Wood Group, dengan lebih 1000 orang kakitangan di sana kini membuka sebuah pejabat korporat baru, iaitu Rumah Wood Group di Perth.

Mustang has been awarded the basis of design preparation and front-end engineering

Mustang mendapat kontrak berdasarkan penyediaan rekaan dan reka bentuk kejuruteraan bahagian hadapan (FEED) bagi projek Woodside Energy Limited Otway Gas Plant Inlet Compression.  Pembangunan Fasa 2 adalah untuk memindahkan gas dari medan Thylacine dan Geographe luar pesisir di barat daya Victoria, Australia dan menyediakan pemampatan pada saluran masuk loji gas Otway, yang baru sahaja ditauliahkan di utara Port Campbell, Victoria.  Mustang telah menyelesaikan kajian rekaan konsep bagi projek tersebut.  Foto disediakan oleh Woodside

Kedudukannya yang hampir dengan pasaran Asia yang meningkat telah memacu pertumbuhan ekonomi Australia dan merupakan pengeluar utama yang melabur berbilion dolar untuk membangunkan industri minyak dan gasnya.  Menurut Persatuan Pengeluar Petroleum dan Eksplorasi Australia (APPEA), kini terdapat projek minyak & gas bernilai A$200 bilion yang sedang menanti kelulusan.       

Wood Group membina kehadirannya di Australia pada tahun 1993 dengan mengambil alih J P Kenny.  Sejak itu, kami telah berkembang kepada 11 perniagaan dan menjadi pembekal perkhidmatan utama di rantau ini.

Pengambilalihan baru yang mengembangkan penawaran perkhidmatan

Sejak musim panas 2008, kami telah mengambil alih tiga syarikat Australia dengan melabur hampir USD25 juta sehingga kini.

M&O menyediakan perkhidmatan respons keselamatan dan kecemasan kepada industri luar pesisir, maritim dan perlombongan. Les Thomas, pengarah Kumpulan bagi aktiviti kemudahan pengeluaran Wood Group berkata, "M&O sedang mengembangkan peruntukan latihan keselamatan kepada pelanggan minyak & gas kami di serata dunia dan menawarkan respons pantas kepada keperluan yang meningkat dengan menggunakan pusat latihan mobilnya."

Proteus and Regional & Northern Maintenance Service (RANms) menyediakan perkhidmatan kejuruteraan, pentauliahan, dan sokongan operasi & penyelenggaraan, dan baru-baru ini dijenamakan semula sebagai Wood Group Production Facilities. Menurut Bob Beavis, pengarah serantau bagi kemudahan pengeluaran, "Pengambilalihan ini menandakan pembangunan strategik yang penting dan membolehkan kami mengembangkan rangkaian perkhidmatan kepada para pelanggan di serata rantau Asia Pasifik dari pangkalan kami di Darwin dan Perth."

Kontrak yang diperolehi baru-baru ini oleh syarikat-syarikat baru Wood Group termasuklah perkhidmatan penyelenggaraan tiga tahun daripada ENI Australia BV bagi loji memproses gas di pesisir pantai projek Blacktip, bersama platform kepala telaga tanpa operator dan tambatan satu poin yang berkaitan dengan Medan Gas Blacktip.

Our innovative, patented gravity anchor system

Ketika Woodside memperluaskan kemudahan pengeluaran gasnya di kawasan yang sering dilanda siklon, iaitu North West Shelf Area, tanggungjawab kami termasuklah semua kerja-kerja kejuruteraan bagi Projek Talian Pokok ke-2 42-inci.  Inovasi kami, sistem sauh graviti berpaten yang dibangunkan untuk menstabilkan saliran paip di kawasan yang sering dilanda siklon ini lantas menjimatkan lebih daripada $20 juta apabila dibandingkan dengan kaedah konvensional timbunan batu. 

Perkhidmatan pusingan hayat bagi FPSO

Setelah terlibat hampir 60 peratus dengan vesel floating production, storage and offloading (FPSO) yang beroperasi di seluruh dunia, Wood Group menawarkan perkhidmatan pusingan hayat projek berpengalaman kepada pasaran FPSO Australia.  Syarikat kejuruteraan kami, termasuk Mustang, yang telah beroperasi di negara ini sejak 2005, telah menyediakan perkhidmatan rekaan kepada FPSO Nexus Crux, Four Vanguard, Apache Van Gogh dan Coogee Montara.  Tinjauan mendalam mengenai pengalaman FPSO kami telah diterbitkan dalam terbitan suku kedua, 2009 Wood News dan boleh dibaca di www.woodgroupnews.com.

LNG

Industri LNG akan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan Australia.  Keperluan jangka panjang bagi gas oleh ekonomi Asia dijangka kukuh dan menurut Pengerusi APPEA, Eric Streitberg, Australia menyediakan sembilan peratus bekalan LNG global dengan potensi pertumbuhan kepada 20 peratus.

Sumbangan Wood Group kepada sektor ini termasuklah menyediakan perkhidmatan kejuruteraan dan pengurusan projek untuk pembangunan medan Scarborough milik ExxonMobil dan reka bentuk kejuruteraan bahagian hadapan (FEED) umbilikal, penaik dan saluran aliran  bagi projek LNG Ichthys INPEX.  Projek Ichthys yang merupakan kontrak FEED terbesar J P Kenny memerlukan input hampir 200,000 jam manusia dan akan menghasilkan penyelesaian untuk sistem sub-lautan dan saluran paip eksport sepanjang 850km.  MCS akan membuat reka bentuk sistem penaik dinamik dan MSi akan menjadi perunding bagi isu-isu berkaitan jaminan aliran.

Injap dan  kepala telaga

Lain-lain syarikat Wood Group yang beroperasi di benua ini termasuklah Wood Group Pressure Control, yang mereka dan mengeluarkan sistem kepala telaga, injap get, pencekik dan  penggerak yang mengawal pembentukan tekanan dan aliran produk dari penggalian permulaan hinggalah kepada pengeluaran.

Sejak 1997, Wood Group Pressure Control telah berkembang kepada lebih 70 kakitangan di Adelaide dan Brisbane dengan menyediakan perkhidmatan kepala telaga kepada pelbagai pengendali di Australian, New Zealand dan Papua New Guinea.  Satu bahagian operasi penting menyokong syarikat eksplorasi minyak dan gas Australia, santos, dari pangkalan perkhidmatan Cooper Basin di Moomba, utara Adelaide.  Perhubungannya termasuklah kolaborasi pembangunan produk baru dan meningkatkan keselamatan.  

Wood Group mempunyai komitmen jangka panjang terhadap rantau Australia dan Asia Pasifik.  Kami berhasrat untuk terus mengembangkan operasi kami di sana dan memindahkan pengetahuan khusus yang diperolehi di sana kepada lain-lain projek berkenaan di merata dunia.

Untuk maklumat lanjut mengenai syarikat Wood Group yang beroperasi di Australia, kunjungi www.woodgroup.com

 

Fail Fakta

Ekonomi Australia telah melalui pertumbuhan selama 15 tahun tanpa gangguan sehingga tahun 2008 dan menjadikan ekonominya diberikan taraf sebagai paling berdaya tahan di dunia bagi enam tahun sejak lapan tahun kebelakangan ini.  Malah, Buku Tahunan Persaingan Dunia IMD meletakkan Australia di kedudukan ketiga paling berdaya tahan di dunia pada tahun 2009 selepas Qatar dan Norway.