"Pengurusan peralatan berputar kritikal yang berkesan merupakan cabaran utama yang dihadapi oleh semua pengendali minyak & gas, tidak kira di mana letaknya kemudahan mereka."
Allister Langlands
Ketua Eksekutif
J P Kenny menyediakan FEED bawah air untuk projek Julimar
J P Kenny menjalankan reka bentuk kejuruteraan bahagian depan (FEED) untuk pembangunan bawah air projek gas terbesar Apache, Projek Pembangunan Julimar di lembangan Carnarvon, di luar pesisir Australia Barat. Kontrak FEED bawah air merangkumi sehingga 18 telaga bawah air serta persiapan bawah air, yang disambungkan ke Platform Pemprosesan Utama Wheatstone.
TOTAL menyambung kontrak North Sea
Wood Group Engineering (North Sea) dianugerahkan penyambungan selama tiga tahun untuk kontrak sedia adanya oleh TOTAL bagi menyediakan perkhidmatan reka bentuk kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan tambahan kepada aset luar pesisir pentas benua UK milik TOTAL iaitu Alwyn, Dunbar, Elgin dan Franklin, serta St Fergus, tapak TOTAL di darat.
Wood Group GTS menyediakan perkhidmatan O&M untuk Stesen Jana Kuasa Suleimaniyah, Iraq
Wood Group GTS telah dipilih untuk menyediakan perkhidmatan operasi dan penyelenggaraan bagi Stesen Jana Kuasa Suleimaniyah yang terletak di Wilayah Kurdistan, Iraq, di bawah kontrak baru untuk tujuh tahun dengan Mass Global. Kemudahan jana kuasa elektrik 500-megawatt ini terdiri daripada empat turbin gas pembakar GE 9001 E dalam konfigurasi mudah.
Mustang menyokong pemasangan kemudahan terapung North Rankin B
Woodside Energy telah memilih Mustang untuk memberikan penilaian bebas dan pengesahan kesediaan bagi salah sebuah pemasangan terapung laut terbuka paling berat di dunia, iaitu platform sebelah atas North Rankin B, yang akan diletakkan di Pentas Benua Barat Laut Australia.
Mustang dianugerahi FEED bagi Projek Belinda Noble Energy
Mustang telah dipilih oleh Noble Energy untuk melaksanakan reka bentuk kejuruteraan bahagian depan (FEED) bagi projek Belinda di Blok O, terletak anggaran 243 kaki (74 meter) di luar pesisir Equatorial Guinea. Skop FEED termasuklah mereka bentuk kedua-dua jaket dan bahagian atas kemudahan pemprosesan pemeluwapan gas.