Wood Group

Teknologi perisian meningkatkan program pengurusan keselamatan

Software technology enhances safety management programme

Deepwater Services Inc. (DSI) adalah syarikat kami yang menyediakan kemudahan pentauliahan bagi projek-projek luar persisir seperti Independence Hub di Teluk Mexico dan Bonga di Nigeria. Bertanggungjawab dalam membuktikan integriti kesemua sistem pengoperasi sebelum setiap satunya memulakan pengeluaran, DSI telah membangunkan satu Sistem Pengurusan Permit-to-Work* (PTMWS) yang khusus untuk meningkatkan pengurusan HSE.

Menggunakan teknologi pangkalan data berhubung, DSI boleh membuat rujukan silang senarai pekerjanya, pensijilan dan kelayakan secara individu serta data permit kerja dan kebenaran kerja. Maklumat ini, dengan keterangan senarai kehadiran, status kerja dan butir-butir sijil pengasingan, membolehkan sistem ini memilih aktiviti tertentu yang melibatkan HSE dan secara automatik ia mengenalpasti aktiviti-aktiviti tersebut sebagai perkara yang utama.

DSI menggunakan PTWMS dengan proses-proses projek khas Permit-to-Work untuk meningkatkan ketepatan maklumat yang diperlukan DSI bagi menganalisa kerja-kerja semasa atau masa hadapan. Maklumat yang dikeluarkan oleh sistem telah meningkatkan mutu dalam membuat keputusan, mempercepatkan proses aliran kerja dan membantu kami melaksanakan aktiviti dengan selamat termasuk kerja berisiko tinggi dan bukan kerja rutin yang mungkin berlaku serentak.

File Fakta

  • *Permit-to-Work – sistem bertulis rasmi yang digunakan untuk mengawal kerja-kerja tertentu yang berpotensi merbahaya. Ia mengenalpasti kerja yang akan dilakukan dan langkah-langkaj penjagaan yang harus diambil.

Hubungan pemasaran : paul.dutton@woodgroup.com

 

Wood News