Program keselamatan Wood Group Colombia dipuji oleh Ecopetrol
Di Colombia, kami telah mendapat pujian oleh pelanggan kami, Ecopetrol, bagi menyiapkan 14 bulan kejuruteraan, perolehan, pembinaan, dan pentauliahan terhadap simpanan propelin dan kemudahan pemindahan di kilang penapis Cartagena tanpa mengundang bahaya pada penduduk dan alam sekitar.
Pada kemuncaknya, 170 orang telah terlibat di dalam projek ini dengan tiga skop berlainan:
- Kemudahan muatan propelin di limbungan tempatan untuk menerima propelin yang dihantar melalui tongkang dari kilang penapis Barrancabermeja
- Kemudahan saluran paip dan pengepam untuk menghantar propelin ke kilang penapis Cartagena dan ke pelan bersebelahan
- Pembaharuan & menaiktaraf simpanan propelin dan kemudahan bermeter di kilang penapis Cartagena
Pembaharuan dan penempatan semula Sembilan tangki berdiameter, tiga meter (setiap satu berukuran lebih 40m panjang dan 70tan berat) adalah projek yang dikenalpasti berkemungkinan merbahaya kerana ia melibatkan kerja berat, muatan berat dan ruang yang terbatas. Penghantaran pengandung-pengandung ini memerlukan perancangan yang teliti, melintasi lebuhraya awam dan pergerakan yang kompleks dalam kilang penapis di mana akses kemasukan adalah terhad.
Gary Corbett, Presiden Wood Group Colombia, berkata, "Kami menyelaraskan prosedur-prosedur kami dengan Ecopetrol dan sub-kontraktor dalam membina satu pasukan HSE yang bersepadu untuk mengurus risiko dengan sering melakukan audit silang, siasatan dan lawatan keselamatan dalam organisasi ini. Pengurus pembinaan dan projek telah menekankan betapa pentingnya setiap individu bertanggungjawab ke atas keselamatan dan melaksanakan kempen latihan dan keselamatan.
"Ecopetrol sangat berpuas hati dengan cara kedua-dua syarikat ini bekerjasama dalam berjaya menangani cabaran dalam projek ini. Dengan memenuhi had waktu yang sangat hampir bagi penghantaran kemudahan muatan ke limbungan, Wood Group telah membuktikan ia telah mencapai paduan tenaga bersama kami dan, yang paling penting, dengan projek Barranca yang dilaksanakan oleh kontraktor yang lain" kata Jose Joaquin Pinto Sandoval, Pengarah Projek Kilang Penapis Colombia.
