Wood Group

Komited untuk mencapai perubahan yang mampat dalam komuniti kami

Committed to achieving sustainable changes in our community

Wood Group adalah salah satu dari 80 syarikat teratas yang bekerjasama dengan "Scottish Business in the Community" (SBC)*, dan satu-satunya firma servis minyak & gas di Aberdeen, bagi menyokong program Sedia untuk Berkhidmat.

Bertujuan untuk menggalakkan syarikat-syarikat terlibat dalam meningkatkan peranan mereka ke atas masyarakat secara berterusan, skim ini menunjukkan bahawa bisnes ini boleh menjadi peranan utama dalam membantu mereka yang lemah dan tiada tempat tinggal serta penganggur untuk mendapat peluang kerja tetap.

Kami bukan sahaja menyokong program ini dengan sumbangan sebanyak £5,000 setahun malah kami juga bekerjasama dengan SBC dan Aberdeen Foyer*, yang menyediakan batu loncatan kepada generasi muda untuk kerjaya," jelas Christine Forbes, Pengurus HR, Wood Group Engineering (North Sea), "Dengan cara ini kita boleh berkongsi kejayaan Wood Group dengan yang lain dan menyumbang kepada komuniti masyarakat setempat."

Christine menambah, "Skim ini juga membantu meningkatkan kemahiran pasukan HR, kemudahan dan kewangan kami. Dengan menawarkan khidmat sukarela untuk melatih seperti rakan kami dapat meningkatkan kemahiran penyeliaan dan memahami mereka yang tidak bernasib dan lemah, ini membantu mereka memberi sokongan yang lebih kepada peserta, yang menyertai kami selama dua minggu penempatan."

"Selama tiga tahun ini kami telah membantu lebih 20 orang di dalam skim ini, di mana mereka telah memperolehi keyakinan dan pengalaman dalam jabatan yang berbeza. Kami amat komited untuk meneruskan komitmen kami dalam skim ini, di mana ia telah membantu ramai orang mendapat pekerjaan tetap dalam Wood Group dan berkeyakinan untuk bekerja di dalam perniagaan yang lain."

File Fakta

  • *Bisnes Rakyat Scotland dalam Komuniti (SBC) membolehkan syarikat-syarikat menjalankan peranan mereka ke atas masyarakat dengan positif dan produktif mungkin, di samping memperolehi faedah bisnes yang ketara. www.sbcscot.com
  • Kerja kebajikan Aberdeen Foyer bersama generasi muda berumur 16 hingga 25 tahun untukmembantu mengurangkan penduduk tidak berumah dan menyokong individu terpinggir yang mencari peluang untuk maju dalam bidang pendidikan, latihan dan kerjaya. www.aberdeenfoyer.com

 

Wood News