Perjanjian global bersama BP memfokuskan kualiti dan prestasi
BP telah mengiktiraf keupayaan kami sebagai pakar laut dalam dan saluran paip, J P Kenny (JPK), dengan menganugerahkan kepada kami Perjanjian Global* di mana kami akan membekalkan perkhidmatan kejuruteraan dan pengurusan projek (EPMS) bagi projek laut dalam BP selama enam tahun.
Hubungan berdasarkan prestasi
Perjanjian Global membolehkan JPK dan BP membina hubungan kerjasama berdasarkan prestasi, yang berfaedah dari aspek penyelarasan, pemindahan pengetahuan & pelaksanaan program 'lessons learnt'. Dengan berkembang kehendak global bagi hidrokarbon perjanjian ini memastikan nilai yang berpanjangan bagi kedua-dua pihak BP dan JPK, menyokong budaya kualiti, mempertingkatkan mutu secara berterusan dan penjimatan kos.
"Perjanjian ini memberikan kepada kami akses kepada asas yang kukuh terhadap projek yang sangat berkaliber," kata Steve Wayman (CEO), "Ia memberi nilai kepada kejayaan sesuatu proses penghantaran dengan menekankan isu seperti inflasi kos, peralatan & perkhidmatan, peneraju masa dan persaingan untuk menjadi pembekal terbaik."
Tambah nya, "Rancangan masa panjang ini membolehkan kami bekerjasama dengan pelanggan kami dalam membuat perubahan terhadap prestasi bisnes. Ini bermakna projek boleh dirancangkan dengan lebih baik dan dengan melaksanakan tahap pendekatan yang tinggi, akan mengakibatkan penjimatan kos yang tinggi, penggunaan sumber yang lebih baik serta mempercepatkan proses pembelajaran dan pembangunan teknologi yang berjaya."
Peluang untuk pembangunan pekerja
Lebih kurang 200 orang pekerja JPK kini sedang bertugas di BP seluruh dunia. Bagi JPK perjanjian ini menyediakan peluang untuk pembangunan pekerja melalui kejayaan fasa-fasa projek dan berpeluang untuk bekerja dalam pasukan penghantaran projek yang bersepadu. Ia juga membolehkan peningkatan prestasi yang berterusan dari satu projek ke satu projek.
Projek berstatus tinggi
"Sejak menandatangani perjanjian ini kerja kami kian meningkat," jelas Steve, "Kami sangat aktif di Angola, Teluk Mexico, Norway dan wilayah Caspian, kesemuanya menyaksikan peningkatan dalam aktiviti. Pasukan kami juga semakin bertambah bagi memenuhi kehendak projek laut dalam seperti BP Puma dan Teluk Mexico yang lain, Program Angolan dan Shah Deniz di Lautan Caspian, luar persisir Azerbaijan. Kedua-duanya projek terkini ini adalah antara projek berstatus tinggi di rantau ini."
BP menjangkakan pengeluaran laut dalamnya akan menjadi perkembangan yang penting bagi kesemua pengeluarannya dalam jangkamasa 5-10 tahun dan telah membuat tiga Perjanjian Global untuk membekalkan keperluan laut dalam bagi EPMS. Sebagai pembekal Perjanjian Global, JPK sedang mengaplikasikan pengalaman projek laut dalam & inovasi teknikal mereka serata dunia bagi membantu BP menyediakan kemudahan yang selamat dengan prestasi operasi yang tinggi di persekitarannya.
File Fakta
- *Perjanjian Golbal adalah suatu rangka perjanjian yang membolehkan BP menyediakan kontrak pembatalan dengan efisyen ke atas majoriti projek laut dalamnya dengan J P Kenny serta dua kontraktor yang lain
Untuk maklumat lanjut lawati : www.jpkenny.com
Hubungan pemasaran : david.jordan@jpkenny.com
