Wood Group - Wood News - New Horizons

 

New Horizons

New Horizons

Tekanan berterusan untuk meningkatkan pengeluaran minyak global telah menjadikan para pengoperasi memfokuskan penyelenggaraan dan mempertingkatkan pengeluaran dari kawasan sedia ada dan meneroka kawasan simpanan baru.

Kami sentiasa mencari penyelesaian baru bagi memenuhi kehendak pelanggan global kami apabila mereka memasuki wilayah baru dan menempuh cabaran baru. 'New horizons' kami termasuk pembangunan-pembangunan baru bagi membantu pelanggan kami membuka kawasan simpanan Artik dan takungan terpencil yang kaya hasil, perkhidmatan baru yang kami tawarkan kepada para pengoperasi yang ingin menghasilkan produk bahan api di samping mengurangkan gas-gas rumah hijau dan kos kejuruteraan yang efektif.

Penerokaan minyak & gas di kawasan Artik

Dengan terdapatnya banyak simpanan hidrokarbon benua Artik yang terdapat di bawah lautan ais secara bermusim atau tahunan, Wood Group menawarkan pengetahuan kepakaran untuk membolehkan para pengoperasi meneroka wilayah yang tidak terusik ini.

Mengiktiraf pengalaman kami di Alaska, Kanada dan Rusia, Perkhidmatan Pengurusan Mineral US telah mengarahkan syarikat kejuruteraan kami di Newfoundland, IMV Projects Atlantic, untuk mengeluarkan laporan mengenai "Penilaian Teknologi Luar Persisir Luar Artik dan Pilihan Pengeluaran bagi Kawasan Sejuk Di Luar Pentas Benua US."

Hasrat untuk menilai secara teknikal pilihan yang munasabah bagi pengoperasian minyak & gas di Beaufort, Chukchi dan Lautan Bering, di luar Alaska, laporan tersebut memberi haluan terhadap carigali dan pengeluaran. Ia juga menganalisa kegunaan pelantar tetap, pulau tiruan, struktur terapung dan infrastruktur laut dalam termasuk saluran paip dan memberi panduan carigali untuk masa hadapan serta pembangunan teknologi.

Untuk laporan penuh lawati: www.mms.gov/tarprojects/584.htm

Untuk Untuk maklumat lanjut lawati: maklumat lanjut lawati: www.imvprojects.com

Hubungan pemasaran : mpaulin@IMVPA.com

Perisian rekaan saluran paip Artik

Perisian teknologi terbaru telah dibangunkan oleh pakar saluran paip kami, J P Kenny untuk mensimulasikan tindakbalas ke atas saluran yang ditanam di wilayah di mana sisipan ais (tindakbalas bongkah ais dengan dasar laut dan saluran paip) adalah suatu isu besar.

Alatan ini mengandungi perisian multifizik Abaqus® yang mensimulasikan model 3-D terhadap saluran paip dan data pada persekitaran yang ianya akan wujud seperti tanah dasar laut, sisipan bongkah ais/ dan deformasi bahan dasar laut yang melampau. Ia direka untuk membantu para pengoperasi mencapai penjimatan ke atas saluran paip yang tertanam di luar persisir wilayah Artik.

Untuk maklumat lanjut lawati: www.jpkenny.com

Hubungan pemasaran : alan.brackenridge@jpkhouston.com

Takungan terpencil

Mustang telah mempatenkan LNG Smart Small Scale, berkonsepkan Short Haul yang mengandungi unit pencecairan terapung yang menerima gas yang bercampur dengan penghasilan minyak dari takungan terpencil. Bersesuaian untuk lapangan dengan kadar pengeluaran gas sebanyak 75 to 300 mmscfd, unit ini akan digunakan di kawasan di mana jarak dari takungan minyak atau gas ke kawasan pemasaran adalah antara 1,000 hingga 1,500 batu nautika.

Untuk maklumat lanjut lawati: www.mustangeng.com/content.aspx?midstream

Hubungan pemasaran : bryan.trocquet@mustangeng.com

Mengurangkan gas-gas rumah hijau

Syngas – satu proses inovatif yang menukarkan bahan karbon menjadi minyak dan produk bahan asas adalah menjadi fokus aliran bisnes Midstream yang baru yang telah dilancarkan oleh Mustang. Proses Syngas membolehkan pengeluaran hidrogen, gas asli sintetik, bahan kimia, cecair bahan api, kuasa elektrik dan stim dalam mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau.

Untuk maklumat lanjut lawati: www.mustangeng.com/content.aspx?midstream

Hubungan pemasaran : bryan.trocquet@mustangeng.com

Penjimatan kos – menyeleraskan rekaan pelantar

Dengan bertambahnya penggunaan *FPSO bagi meneroka cabaran dan lebih banyak simpanan hidrokarbon terpencil, kami telah mempertingkatkan keupayaan kami untuk menyokong pasaran global yang sedang berkembang ini.

Di dalam artikel terbitan majalah Offshore, Wayne Mueller, dari syarikat Wood Group, Alliance Engineering, mengutarakan faedah-faedah dalam menyelaraskan kemudahan pengeluaran pelantar, yang menyediakan pemprosesan minyak setempat & gas di luar persisiran.

"Terdapat peluang untuk menggunakan pendekatan rekaan modular yang menyeleraskan layout, komponen dan sistem proses," jelas Wayne, "Pengkalan data kami menawarkan kepada pelanggan kami faedah-faedah berikut:

  • Fleksibel, Kebolehtukaran & Skalabiliti – rekaan yang terbukti berkesan yang boleh diadaptasikan bagi memenuhi kehendak para pengoperasi dan keperluan keadaan pelbagai takungan yang luas.
  • Pengurangan kos
  • Peningkatan berjadual
  • Kawalan kualiti & dipercayai.

Wood Group kini sedang berkhidmat sebagai Jurutera Pemilik Topsides bagi Petrobas Amerika untuk FPSO yang pertama digunakan di Teluk US di Mexico.

Untuk maklumat lanjut lawati:

www.alliance-engineering.com

www.woodgroup.com/fpsostandardization

File Fakta

  • *FPSO – sebuah tangki luar persisir dengan keupayaan penyimpanan dan pengeluaran.

 

Wood News